Sejajar dengan
kehendak pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah turut sama
menggembleng tenaga untuk menjayakan program yang telah digariskan iaitu
Program Guru Penyayang.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan
menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Justeru, dengan
adanya program ini dapat membuktikan bahawa guru-guru sememangnya mengamalkan
nilai-nilai murni, mengambil berat secara sama rata terhadap semua pelajar dan
menunjukkan sifat professional guru dalam perhubungan dengan pelajar, ibu bapa
dan komuniti masyarakat.
Objektif Program ialah ;
- Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Harapan daripada program ini dapat mewujudkan satu hubungan yang baik
dan berkualiti
antara semua guru da para pelajar. Justeru, hal ini dapat
menggalakkan pelajar untuk terus
menuntut ilmu dan dalam masa yang sama
menghargai dan menghormati guru-guru.
mereka.
No comments:
Post a Comment