Wednesday 26 September 2012

Program Manisnya Remaja

Pada 11 Mei 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Manisnya Remaja "Remaja Bebas Zina" bertempat di Ruang Legar Pusat Sumber SKOMAS. Objektif program ini ialah ;

  • Mengurangkan kadar salah laku disiplin di kalangan pelajar perempuan.                                         
  • Menyalurkan pengetahuan khusus dan pendedahan  kepada semua pelajar tentang cara-cara  amalan hidup sihat.
  • Memupuk kesedaran kepada pelajar mengenai langkah berjaga-jaga dan cara menjauhkan diri dari cenderung kepada seks bebas tanpa nikah.


Program Guru Penyayang 2012


Sejajar dengan kehendak pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah turut sama menggembleng tenaga untuk menjayakan program yang telah digariskan iaitu Program Guru Penyayang. 


Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Justeru, dengan adanya program ini dapat membuktikan bahawa guru-guru sememangnya mengamalkan nilai-nilai murni, mengambil berat secara sama rata terhadap semua pelajar dan menunjukkan sifat professional guru dalam perhubungan dengan pelajar, ibu bapa dan komuniti masyarakat.

Objektif Program ialah ;
  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Harapan daripada program ini dapat mewujudkan satu hubungan yang baik dan berkualiti
antara semua guru da para pelajar. Justeru, hal ini dapat menggalakkan pelajar untuk terus
menuntut ilmu dan dalam masa yang sama menghargai dan menghormati guru-guru.
mereka.